Trailer Transformers 3: Dark of The Moon
Filem@Movie: Transformers: Dark Of The Moon
Director: Michael Bay
Writer: Ehren Kruger
Producer: Steven Spielberg
Rating: 8/10 Stars
"The Autobots learn of a Cybertronian spacecraft hidden on the Moon, and race against the Decepticons to reach it and to learn its secrets..."
Mengkala Transformers 3 nak kuar kat panggung...aku dah awal2 book tiket nih untuk tayangan 28 Jun 2011. Malam tuh aku memang xdak keja nak wat...cuti la katakan. Lagipun aku memang minat citer action @ CGI movies. Berbaloi untuk tengok wayang citer2 camnih...
Sebelum aku start celoteh kat sini...aku nak bagitau...kalau sesapa yang memang minat Transformers 1&2,patut tengok filem nih. TAPI bagi sesapa yang memang rasa MELUAT tengok Transformers 1&2. Takyah la tengok...sebab belum tentu boleh puast hati...
Okie...malam tuh memang penuh seat panggung wayang...nasib baik aku dah beli awal2,kalau tak memang aku takkan duduk barisan depan untuk tengok wayang-tidak sekali!
Start jer citer nih,ada flashback pasal konspirasi NASA yang hantar Apollo ke bulan. Ada udang di sebalik batu.. hurmmm...memang irony betul..Amerika memang dari dulu sampai sekarang adaaaaa ja agenda lain selain dari mengaburi mata masyarakat dunia mahupun pada rakyat dia senirik! haha...whatever.
Well...rupa-rupanya ada misi lain ke bulan tuh,nak check makhluk asing kononnya. Filem ni punya visual effect memang betul2 superb. Transformers punya airship The Ark tuh memang nampak gempak abis. Oh, watak utama citer nih Sam Witwicky (Shia LaBeouf) dah tukar girlfriend daa... Mikaela(Megan Fox) dah tukar jadik Carly(Rosie Huntington-Whiteley).
So, kepada peminat2 Megan Fox,jangan berasa terlalu berduka cita ok..kehkeh. Well, dia punya salah jugak...sapa suruh bagi komen bukan2 pasal Micheal Bay. Marah la orang tua tuh pi kata dia macam hitler...bagi la perumpamaan lain,macam sponge bob ka doraemon ka..maybe dia tak marah.
Heroin kali nih iaitu Rosie Huntington-Whiteley memang tak penah berlakon doh! Dia nih model pakaian dalam...so,memang 'kayu' abis dia punya lakonan. Ekspresi muka pun tak nampak hidup..sori untuk peminat model Victoria Secret nih..aku memang tak nampak bakat dia dalam lakonan. Kalau nak dibandingkan dengan lakonan Megan Fox...dia nampak lagi 'hidup' doh walaupun bukannya pro sangat pun.
Citer kali nih agak menarik bagi aku kalau nak dibandingkan dengan Transformers 1&2. Ada watak Autobot yang berpaling tadah lagi~ feewit. Cayalah Sentinel Prime! muka pun macam ada janggut sket. CGI kali nih memang superb! Especially masa Optimus Prime mengamuk dengan pedang..best. Oh,filem kali nih pun adalah 3D filem yang terbaik selepas citer Avatar. Micheal Bay dapat bawak filem nih ke tahap yang BEST untuk ditonton dalam 3D..bukan macam 3D effect filem2 lain seperti Green Hornet and etc. Macam lepaskan batuk ditangga. "Alaaa...baik ada dari takdak"- mungkin boleh pakai ayat nih..tapi bagi aku baik simpan beli popcorn dan tengok 2D version. TAPI untuk filem Transformers 3..tengoklah 3D kalau ada budget lebih.
Well,citer nih action with a lot of explosions sana sini...CGI effect dan sound system dia memang best. Tapi jalan citer dan watak2 pelakon (manusia) tadaklah sempoi sangat..kurang heart&soul orang putih kata. Tapi overall citer nih memang best. Bagi peminat filem2 CGI dan aksi,pastikan tak terlepas citer nih. Terutama skali babak akhir di mana Decepticons dah musnahkan hampir seluruh bandar.
Jokes dalam citer nih...hurmmm well ok laa...TAPI tak berapa sesuai lah kalau bawak anak2 pi tengok skali. Depa tak paham takpa...kalau paham sikit2...hah! Especially masa joke dalam tandas..tak brapa senonoh la..walaupun lawak. Nasib baik mamat tuh Micheal Bay dah buang kot tingkap..hoho. Optimus pun terlekat kat tali..tergantung2 pun lawak hehe.Terkejut jugak aku,John Malkovich(RED,Beowulf) yang dapat nominees pun berlakon lam citer nih jadik cam badut ja aku tengok..tah brapa la paycheck dia dapat.
Part yang paling aku suka dalam citer nih masa bangunan runtuh..pastu ada Shockwave suh cacing mekanikal gergasi tuh rosakkan bangunan - pergh superb!
Kebiasaan filem lah..ada yang spoil kan. Masa semua orang tengah 'slide' dalam bangunan runtuh tuh..kerusi 'slide' jugak..tapi cam pasu bunga still elok ja...boh gam kat lantai kot. Pastu masa Carly(Rosie Huntington-Whiteley),heroin kita nih terjun nampak la katun sket(ada tali la apa lagi)..tapi details nih kekadang tak kisah sangat.Janji babak2 lain dapat backup! Tolak babak2 yang nampak sangat nak kibarkan bendera Amerika tuh...dah macam tengok Captain America la pulak..
Okie guys...kepada sesapa yang ada masa terluang dan peminat2 Transformers. Jangan terlepas citer nih. Guys...Transform and Roll Out~
Rating dari penulis:
8/10 Stars
Heroin baru: Rosie Huntington-Whiteley
Ex Heroin: Megan Fox
Hero: Shia Labeouf
Antara filem yang best- Eagle Eye(non stop action thriller)
Optimus Prime
Megatron di jalan raya versi 'Vehicle Mode'
Shockwave-no mercy~